KAKITANGAN KEM TENTERA PAYA JARAS SERTAI KEMPEN TAMBAH CARUMAN ZAKAT



Sg Buloh–Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan dakwah zakat dengan mengadakan taklimat zakat bersama kakitangan di Rejimen Perhubungan Strategik, Kem Tentera Paya Jarasbaru-baru ini bagi berkongsi maklumat berkaitan tambahan caruman zakat bulanan selaras dengan kenaikan pendapatan bulanan.

Hampir 80 orang kakitangan menyertai taklimat yang disampaikan oleh Mohamad Shakor Sulaiman, Sektor Dakwah dan Pemasaran LZS dengan tajuk Zakat Membawa Berkat. Alhamdulillah melalui taklimat ini hampir 50 orang kakitangan membuat tambahan caruman zakat dan kakitangan baru turut menyertai pembayaran zakat melalui potongan gaji ini.

Melalui aktiviti ini, LZS turut menyumbangkan peralatan ibadah untuk kegunaan surau mereka.