JEJAKI ASNAF PENERIMA BANTUAN MAKANAN BULANAN



SEPANG, 23 Oktober 2015 РDalam usaha memenuhi kecukupan asnaf fakir dan miskin yang layak, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama-sama MAIS Zakat Sdn Bhd sentiasa bekerjasama bagi memastikan setiap bantuan makanan bulanan yang disalurkan memenuhi kualiti dan terus bermanfaat untuk penerima.

Melalui aktiviti pemantauan bantuan makanan secara berjadual, LZS dan MAIS Zakat Sdn Bhd baru-baru ini turun padang mendapatkan respon terus daripada penerima bantuan, di samping melihat sendiri kualiti setiap bantuan makanan yang disalurkan.

jejak makanan 1

Dalam aktiviti pemantauan tersebut, sebanyak lima buah rumah telah diziarahi. Turut hadir, Pengurus Daerah Sepang, Muhd Nur Fadli Yohman dan Pengurus Besar MAIS Zakat Sdn Bhd, Raja Maimunah Raja Ngah.