JALINAN PERSAHABATAN UTUSAN MALAYSIA & KOSMO!



KUALA LUMPUR, 29 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengadakan program Ziarah Media ke akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di sini bagi mengeratkan hubungan di antara institusi zakat dengan pihak media yang banyak membantu menyebarluaskan dakwah zakat di Selangor.

Pertemuan bersama pengarang-pengarang turut diadakan bagi membincangkan jalinan kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS Hussin Mohd Ali dan disertai Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Norajun Ainon Mohd Hashim serta Pengurus Dakwah dan Pemasaran, Mohamed Syahril Zainol.

IMG-20150526-WA0010