HONG LEONG MSIG TAKAFUL SERAH ZAKAT PERNIAGAAN



SHAH ALAM, 24 Februari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) berjumlah RM41,949.66 bertempat di ibu pejabat LZS di sini.

Cek zakat perniagaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLMT, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Untuk makluman, pada tahun lalu jumlah keseluruhan kutipan zakat di Selangor sebanyak RM517.4 juta dan RM93 juta telah dikutip melalui zakat perniagaan.

Turut hadir dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.