ANAK SYARIKAT QSR BRAND (M) HOLDINGS SDN BHD TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM491 RIBU



BANGI, 2 September 2014 – Dua buah anak syarikat QSR (M) Holdings Sdn Bhd hari ini mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM491,541.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam program Halal Negeri Selangor bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di sini.

KFC Peninsular Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan zakat perniagaannya sebanyak RM409,950, manakala Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd sebanyak RM81,591. Cek tersebut diserahkan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kamaruldzaman Salleh kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Leave a Reply