FORUM BICARA ANAK MUDA KUMPUL 200 PENGUNJUNG



SHAH ALAM – Forum Bicara Anak Muda anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Masjid Al Ubudiah, Seksyen 19 telah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang pengunjung baru-baru ini.

Forum bertajuk ‘Hiburan Dunia dan Jendela Akhirat’ ini mengetengahkan panelis terdiri daripada Imam Muda Ustaz Fakhrurazzi Hussin, Imam Muda Ustaz Abdul Fatah Ridzwan dan Ustaz Azam Syah Alias di samping moderator, DJ Radio IKIM.fm, Syafiq Zulakifli.

Para panelis mengupas tajuk forum dengan amat baik di samping menimbulkan kesedaran kepada pengunjung untuk kembali kepada Islam, khususnya dalam aspek mencari hiburan dan perkara-perkara yang berkaitan dunia anak muda.

Aktiviti ini merupakan pendekatan LZS dalam menyebarkan dakwah serta mengimarahkan masjid selain menyebarluaskan kefahaman terhadap kewajipan berzakat.

Leave a Reply