FGV TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM293 RIBU



SHAH ALAM, 26 Ogos 2016 – Felda Global Venture Holdings Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) .

Penyerahan cek zakat perniagaan ini disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan FGV, Zulkeffli Ahmad kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamed Adzib Mohd Isa bagi tahun kewangan berakhir 2015.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.