DYMM SULTAN SELANGOR SERAH SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA 550 ASNAF FAKIR, MISKIN, ANAK YATIM DAN MUALAF



SHAH ALAM, 11 Julai 2013 – DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbanganbantuan Hari Raya kepada 550 asnaf fakir, miskin, mualaf dan anak yatim berjumlah RM175,000 sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat bertempat di Masjid Negeri dekat sini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120,000 diserahkan kepada 300 orang asnaf fakir dan miskin, manakala RM40,000 diagihkan kepada 100 orang asnaf mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM400 seorang. Sementara itu, RM15,000 diagihkan kepada 150 orang anak yatim dengan masing-masing menerima sebanyak RM100 seorang.

Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM15,930,600 bantuan zakat bersempena Ramadan dan Hari Raya kepada 21,523 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor, bagi membolehkan penerima zakat membuat persiapan Ramadan dan Hari Raya lebih awal dan sempurna. Daripada jumlah tersebut, RM5,480,150 diagihkan kepada 7,181 keluarga asnaf fakir, manakala RM10,450,450 diagihkan kepada 14,342 keluarga asnaf miskin dengan masing-masing menerima di antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada tanggungan masing-masing.

Leave a Reply