DYMM SULTAN SELANGOR PERKENAN SERAH RM164 RIBU BANTUAN ZAKAT



Shah Alam, 10 Mac 2011 – DYMM Sultan Selangor berkenan menyerahkan bantuan zakat berjumlah RM164,543 ribu kepada empat individu dan sebuah surau semasa majlis perasmian ibu pejabat LZS.

Individu yang menerima bantuan tersebut ialah Jumairi Lehan sebanyak RM38,000 bagi pembinaan rumah baru dan Mohd Faisol Mustafa menerima bantuan pendidikan berjumlah RM18,223.

Sementara Zahariah Md Ali menerima RM30,000 bagi bantuan rawatan kanser payu dara dan Rozia Rehmatullah menerima bantuan bagi rawatan dialisis berjumlah  RM28,320. Surau Al Malikus Soleh pula  menerima bantuan zakat bagi pembinaan surau baru berjumlah RM50,000.