DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN ANUGERAH USAHAWAN ASNAF



Shah Alam – DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Asnaf Cemerlang kepada lima orang usahawan asnaf terbaik Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat.

Mereka ialah Muhamad Burhan Salikon bagi kategori perniagaan makanan, Mohd Yatim Ab. Ghani bagi kategori perniagaan bergerak, Sharifah Surit (kategori perniagaan perkhidmatan), Sheikh Abd. Rahim Yahya (kategori perniagaan peruncitan dan pembuatan) serta Sakilla Hanis Mohamed bagi kategori perniagaan asas tani.

Mereka sebelum ini menerima bantuan modal perniagaan daripada LZS dan telah pun diisytihar keluar daripada kategori asnaf miskin setelah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Kelima-lima mereka juga telah mula membayar zakat kepada LZS sejak tahun lepas.