DELEGASI PEJABAT ZAKAT BOSNIA-HARZEGOVINA KUNJUNGI LZS



SHAH ALAM, 11 Mei 2011 – Pertama kali sejak penubuhannya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) diziarahi wakil institusi zakat dari benua Eropah. Dua orang delegasi tersebut ialah Mr. Elnur SALIHOVIC, Ketua Pejabat Zakat dan Mr. Hfz, Senaid ZAJIMOVIC, Pengarah Direktorat Wakaf Sarajevo. Mereka berdua mewakili Pejabat Zakat dan Direktorat Wakaf, Komuniti Islam Bosnia-Herzegovina (Zakat Office & Waqf Directorate, Islamic Community, Bosnia-Herzegovina).

Kehadiran mereka ke Malaysia adalah dalam rangka kunjungan muhibbah ke beberapa institusi zakat di negara ini. Di samping bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan zakat di negara masing-masing, mereka juga mahu menimba pengalaman dan melihat apakah bentuk inovasi zakat yang dapat ditimba untuk diimplementasikan di Bosnia-Herzegovina.

Dalam notanya kepada LZS, mereka menulis: “Kesudian LZS menyambut kedatangan kami berdua adalah suatu kegembiraan dan penghormatan buat kami. Kami dapat rasai, kejayaan LZS adalah kejayaan kami (di Bosnia) juga. Kami berdoa LZS terus menempa kejayaan pada masa akan datang. Ia menjadi inspirasi buat kami di Bosnia-Herzegovina untuk menjejaki kejayaan yang sama pada masa hadapan.”

Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, mereka turut diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hj. Mohamed Izam Mohamed Yusof dalam majlis makan tengahari dan juga sempat bersesi fotografi bersama. – U-HAH

Leave a Reply