DELEGASI ACHEH LAWAT LZS (MAIS)



Shah Alam – Delegasi daripada Lembaga Pengembangan Manajemen Syariah Daruddunia Nanggroe Aceh Darussalam telah mengadakan lawatan ke Lembaga Zakat Selangor LZS (MAIS) bagi mendapatkan pendedahan tentang pengurusan zakat terutamanya daripada segi agihan yang dilaksanakan di Selangor baru-baru ini.

Delegasi seramai 25 orang ini diketuai oleh H. Nurdin Abdurrachman bertujuan mengetahui dengan lebih dekat lagi peranan LZS (MAIS) dalam usaha membebaskan golongan asnaf fakir dan miskin yang dibelenggu dengan masalah kemiskinan.

Semasa lawatan tersebut, delegasi turut diberi pendedahan tentang kaedah dan operasi yang dilaksanakan oleh LZS (MAIS) dalam aspek kutipan zakat.

Taklimat tentang organisasi LZS (MAIS) telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), En. Aidi Munawir Ahmed Shukri.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Ketua Jabatan Pembangunan Korporat, En. Akhtar Sahari.