DAKWAH ZAKAT DI HELIZA HELMI PRODUCTION SDN BHD



Cheras – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan usaha dakwah zakat ke Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP) pada 5 Jun lalu di sini. Alhamdulillah melalui aktiviti ini, Kuliyah Zakat kepada Barisan Pengurusan HHP dapat diadakan.

Pihak LZS diwakili Eksekutif Dakwah, Ustaz Abdul Halim Abu Bakar, Pegawai Agihan, Khairur Hakim telah berkongsi tentang asas fiqh zakat, kaedah taksiran dan isu-isu semasa berkaitan zakat.

Aktiviti yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang diisi dengan santapan rohani bertajuk ‘Zakat itu Sedeqah Wajib’ diikuti dengan solat zohor berjemaah. Sementara pada sebelah petang diadakan aktiviti lebih santai dan bersifat perkongsian maklumat umum antara LZS dan HHP.

Pihak HHP yang diketuai Heliza Helmi yang lebih dikenali sebagai artis Akademi Fantasia juga bersetuju menjemput LZS menyampaikan kuliyah kepada rakan-rakan artis yang lain pada masa depan.

Pihak LZS bersyukur beliau turut bersetuju membuat taksiran zakat termasuk zakat perniagaan. Malahan, sejumlah bayaran permulaan telah diterima pada hari yang sama, alhamdulillah.