DAKWAH ZAKAT DI FORUM BIDADARI SYURGA



SHAH ALAM – Inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan ceramah ‘Tanyalah Ustazah’ baru-baru ini di Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19, telah mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan pengunjung.

Ceramah yang dikendalikan Eksekutif Dakwah LZS, Ustazah Syaharina Abdullah telah mengupas topik zakat secara umum dan turut menyentuh aspek kutipan dan agihan yang dilaksanakan di LZS. Pada masa yang sama, LZS turut mengedarkan risalah berkaitan zakat kepada para pengunjung yang hadir.

Program ceramah ini diadakan bersempena dengan Forum Bidadari Syurga dan turut menampilkan dua orang panelis popular, iaitu pengacara TV Al-Hijrah, Nurul Iman Dzulkefly, dan pemenang tempat ke-3 Program Realiti Solehah, Solehah Nurul Eswani Syafazlin.

Leave a Reply