DAI LZS: PENERAJU DAKWAH ZAKAT SELANGOR



SHAH ALAM, 19 Julai 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menampilkan 25 orang dai yang dilantik dalam majlis pelancaran Dai LZS bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.
Dengan tag line ‘Santai Tapi Sampai’, LZS amat komited memastikan masyarakat Islam khususnya di Selangor terdidik dan faham tentang kefardhuan zakat, seterusnya melaksanakan ibadah zakat dengan sempurna. Melalui lantikan dai ini, LZS berhasrat  melahirkan barisan pendakwah yang profesional serta kompeten dalam mendepani agenda pemerkasaan ummah melalui aktiviti dakwah dan pembangunan jiwa insan secara sistematik, komprehensif dan berkesan.
Selain berperanan sebagai pendakwah utama LZS, dai ini akan menjadi tenaga pakar dalam kefahaman dan pendidikan zakat. Antara peranan lain termasuklah mengenal pasti peluang dan ruang berdakwah di pelbagai peringkat dan kumpulan sasar, meneroka pelbagai pendekatan program dakwah dan outreach untuk disampaikan kepada masyarakat. Para dai ini juga akan bergiat aktif sebagai tenaga penceramah dalam aktiviti pemasaran dan dakwah zakat yang dianjurkan LZS.
Hadir sama, Officer in Charge LZS, Abdul Basith Hamid yang turut menyampaikan surat lantikan kepada dai terpilih.