D.Y.M.M YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BERKENAN MELAWAT PAMERAN LZS



KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2014 – Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan melawat pameran sulung Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bertajuk Az-Zakah: Semangat, Kesedaran dan Kewajipan [Pencapaian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)] bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Pameran ini merupakan kerjasama dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan LZS. Ia berlangsung selama tiga bulan bermula pada 15 Jun hingga 16 September 2014 dan dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Hadir sama dalam lawatan Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Leave a Reply