CAWANGAN TERKINI LZS DI CYBERJAYA DIBUKA



CYBERJAYA , 14 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka cawangan ke-27 bertempat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di sini, bagi memudahkan masyarakat Islam di sekitar Cyberjaya membuat urusan berkaitan zakat dengan LZS.

Selain menyediakan perkhidmatan taksiran dan pembayaran zakat, cawangan ini juga menyediakan perkhidmatan agihan zakat kepada penduduk setempat. 

portal-(promosi-cyber)

Waktu operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.45 petang. Cawangan ini turut beroperasi pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353.