CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN TAKSIR DAN BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN



SHAH ALAM, 9 Januari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan sesi cabutan bertuah sempena Kempen Taksir dan Bayar Zakat Perniagaan 2013 bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Bangunan Zakat Selangor.

Kempen tersebut telah berlangsung sebanyak dua kali iaitu pada April hingga Jun 2013 bagi fasa pertama, dan pada September hingga November 2013 bagi fasa kedua.

Ia bertujuan untuk memberi pemahaman berkesan tentang kaedah mengira zakat perniagaan, selain meningkatkan jumlah kutipan dan bilangan pembayar di luar musim puncak terutamanya di kalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (SME) di daerah-daerah.

Hasil daripada daripada kempen yang dilaksanakan, LZS berjaya mengutip zakat perniagaan berjumlah RM257,426.76 semasa kempen fasa pertama dijalankan, dengan jumlah pembayar baru sebanyak 33 pembayar, dan 68 pembayar sedia ada. Manakala semasa kempen fasa kedua dilaksanakan, sebanyak RM 524,773.28 telah berjaya dikutip daripada 19 pembayar baru dan 58 pembayar sedia ada.

Pada sesi cabutan bertuah yang diadakan, sebanyak 12 nama syarikat telah dipilih dan memenangi hadiah berupa tablet dan telefon pintar.