BORHAN BUKTI ASNAF BERDIKARI



PASIR PENAMBANG – Siapa kata asnaf zakat tidak boleh berjaya dalam perniagaan? Borhan Salikon, 44 membuktikan sebaliknya. Berbekalkan semangat dan kemahiran, beliau kini sudah mampu tersenyum dengan kejayaan perniagaan cendolnya.

Sewaktu kru Jejak Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengunjungi beliau baru-baru ini, ternyata menu yang disediakan oleh beliau amat memuaskan hati pelanggan. Antara yang menarik adalah aneka cendol, iaitu Cendol Durian, Cendol Labu dan Cendol Spesial. Pelanggan juga boleh menikmati laksa spesial yang dihidangkan dengan tiga ekor udang dan juga mee kari.

Menurut Borhan, kini beliau dalam proses mengembangkan lagi perniagaannya. Di samping gerai yang baharu dibuka di Pasir Penambang, beliau turut memiliki tapak gerai lain di Pekan Kuala Selangor. Beliau turut mempelawa kepada mana-mana individu khususnya dalam kalangan asnaf zakat untuk membuka gerai bagi menjual produknya dalam bentuk francais.

Untuk menikmati keenakan cendol durian, cendol labu dan sebagainya serta keunikan laksa beliau, gerai Cendol Durian Borhan terletak di Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6573096 atau 017-2914630.

Leave a Reply