BINAWIRA ENGINEERING SDN BHD PEMENANG KEMPEN TAKSIR DAN TUNAI ZAKAT 



SHAH ALAM, 12 Ogos 2015 – Syarikat Binawira Engineering Sdn Bhd terpilih sebagai pemenang bagi Kempen Taksir dan Tunai Zakat Niaga@Saham 2015 bagi fasa satu yang diraikan dalam satu majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Wisma PKPS di sini hari ini.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Syahiran Enterprise dan Seira Search Sdn Bhd mendapat tempat ketiga. Sebanyak 66 penyertaan telah diterima sepanjang kempen berlangsung bermula 16 Mac hingga 15 Jun 2015. Kempen ini mensasarkan individu atau syarikat yang menunaikan zakat perniagaan dan zakat saham di LZS.