BERKAT CUP 2013: PASUKAN LZS TERIMA JERSI BOLA



SHAH ALAM, 4 September – Pasukan bola sepak Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima jersi bola dalam satu majlis ringkas penyerahan jersi sempena Kejohanan Berkat Cup 2013 yang berlangsung pada 7 dan 8 September ini.

Jersi pasukan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof kepada Ketua Pasukan LZS, Abdul Walid Mat Noh, sekali gus mengumumkan 21 pemain LZS yang terpilih dalam kejohanan pada kali ini.

Turut hadir sama, Timbalan Pengurus Besar Agihan LZS merangkap Ketua Jurulatih Pasukan LZS, Abdul Basith Abdul Hamid.