BENGKEL ZAKAT PENOLONG AMIL IPT



Port Dickson – Seramai 30 peserta terdiri daripada Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPT) yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyertai Bengkel Memperkasa Operasi Zakat Penolong Amil IPT baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan buat pertama kalinya bertujuan menyelaras gerak kerja operasi kutipan dan agihan zakat melibatkan semua penolong amil IPT, di samping menentukan hala tuju pengurusan zakat di IPT.

Sehingga kini enam IPT di Selangor telah menjadi ejen kutipan zakat iaitu UiTM, UPM, UIAM, UKM, UNITEN dan MMU.