BENGKEL PANEL PENEMUDUGA IPT 2.O: KONGSI TEKNIK MENEMUDUGA ASNAF DI KALANGAN PELAJAR



KAJANG – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Panel Penemuduga IPT 2.0 disertai 60 orang peserta terdiri daripada penolong amil IPT dari enam buah universiti baru-baru ini.

Enam buah universiti tersebut ialah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Multimedia (MMU).

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran panel penemuduga zakat, selain menyalurkan maklumat terkini dan kaedah berkesan semasa sesi menemuduga asnaf yang terdiri daripada para pelajar di IPT masing-masing.

Untuk makluman, IPTA/IPTS merupakan salah satu ejen yang dilantik oleh LZS menguruskan kutipan dan agihan zakat di IPT.