BAZNAS KUNJUNGI LZS



SHAH ALAM, 22 Mei 2015 – Delegasi daripada Badan Amil Zakat Nasional Provinsi Riau (BAZNAS) hari ini mengunjungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor.

Delegasi terdiri daripada 50 orang peserta yang diketuai oleh Drs H. Auni M. Noor, M.si telah diberi taklimat berkenaan operasi kutipan dan agihan zakat oleh Pengurus Sektor Pengurusan Daerah, Zaidi Rasid dan Eksekutif Dakwah, Hamizul Abd Hamid.

Mereka turut dibawa melawat cawangan ibu pejabat LZS bagi melihat aktiviti kutipan dan agihan zakat.

Saban tahun LZS menerima kunjungan daripada pelbagai pihak dan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat tentang pengurusan zakat khususnya di Selangor. LZS bersedia menerima kunjungan mana-mana pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai operasi LZS.