BANTUAN ZAKAT RM55 JUTA UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN



Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan bantuan zakat berjumlah RM55,035,083.16 untuk Program Pembangunan Pendidikan sempena Majlis Sambutan Hari Guruperingkat Negeri Selangor yang diadakan baru-baru ini.

Bantuan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Marzuki Hussin disaksikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan lebih 500 guru-guru KAFA.

Antara bantuan zakat yang diberikan termasuklah bantuan elaun guru KAFA sebanyak RM26 juta dan baik pulih Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS)/Sekolah Rendah Agama Intergasi (SRAI)/Sekolah Rendah Agama(SRA)/PRA berjumlah RM9,026,535.44.

Turut disampaikan bantuan baik pulih sekolah-sekolah KAFA sebanyak RM5,782,901.38 dan bantuan pembinaan tambahan bilik darjah SRA melibatkan lapan buah sekolah sebanyak RM3,876,720.

Bantuan yang diberikan ini merupakan salah satu bentuk bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah.