BANK RAKYAT TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM4.4 JUTA



KLANG, 26 April 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) berjumlah RM4,405,081.00. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan menerima zakat tersebut di Istana Alam Shah di sini.

Ia merupakan bayaran zakat bagi tahun kewangan berakhir 2011 bank itu untuk negeri Selangor. Cek disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Dato’ Mangsor Saad kepada Sultan Selangor.

Turut hadir, Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohamad Tamyes Abdul Wahid; Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar; Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS, Sahadan Ishak dan Penolong Pengurus Besar Operasi Cawangan Bank Rakyat, Baharom Embi.