BANK RAKYAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM4.3 JUTA



SHAH ALAM, 24 Jun 2013 – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan cek zakat perniagaannya untuk negeri Selangor berjumlah RM4,301,559.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dato Sri Sabbaruddin Chik, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Zakat yang dibayar adalah bagi tahun kewangan berakhir 2012. Upacara penyerahan zakat Bank Rakyat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir, Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.