BANK MUAMALAT TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM130 RIBU



Shah Alam — Bank Muamalat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM130 Ribu bagi tahun kewangan 2011 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Cek zakat perniagaan Bank Muamalat diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib b. Mohd Isa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohammed Izam b. Mohammed Yusof.