ARIANI TEXTILE & MANUFACTURING (M) SDN BHD SERAH ZAKAT RM328 RIBU



Klang — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Syarikat Ariani Textile & Manufacturing (M) Sdn Bhd berjumlah RM328,298.63 di Majlis Berbuka Puasa di Istana Alam Shah, Klang.

Ariani Textile & Manufacturing diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Faroz b. Mohamed Jakel menunaikan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2011.

Turut hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib b. Mohd Isa, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohammed Izam b. Mohammed Yusof.