ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN 2008: TANDA PENGHARGAAN



Tarikh : 6/22/2009
Penulis : Norhayati Rabbani

Shah Alam – Sebagai penghargaan kepada kakitangan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengadakan hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan 2008 pada 12 Jun yang dirasmikan oleh Pengerusi LZS (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini pada 12 Jun.

Majlis Anugerah ini adalah salah satu program tahunan LZS (MAIS) yang juga bertujuan memberi dorongan agar kakitangan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik serta cemerlang. Disamping mewujudkan persaingan yang sihat untuk mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Sebanyak 25 anugerah dipertandingkan pada tahun ini berbanding 22 anugerah pada tahun lalu.

Antaranya ialah Anugerah Kakitangan Terbaik Jabatan, Anugerah Juru Audit Terbaik, Anugerah Kualiti Inovasi, Anugerah Kualiti Program Terbaik dan sebagainya. Bagi kakitangan terbaik keseluruhan dimenangi oleh Mohd Juwahir Bin Pa’iman, Pegawai Agihan Zakat, Daerah Sabak Bernam. Beliau menerima pakej umrah, wang tunai, sijil dan plug.

Sementara itu, LZS (MAIS) turut menyampaikan penghargaan kepada mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS (MAIS) sebagai tanda terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan idea, nasihat dan pendapat dalam membangunkan LZS (MAIS).

Turut hadir, Mufti Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Hj. Abd. Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hj Hasan Hj Mohamed Ali dan Ahli Lembaga pemegang amanah LZS (MAIS) yang lain.