ABDUL BASITH DILANTIK SEBAGAI ‘OFFICER IN CHARGE’ ZAKAT SELANGOR



SHAH ALAM, 6 November 2017 – Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Zakat Selangor meluluskan pelantikan Abdul Basith Hamid, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf sebagai ‘Officer In Charge’ berikutan perletakan jawatan Haji Hussin Mohd Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor bermula pada 10 Oktober 2017.

Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi berkaitan Zakat Selangor akan dikoordinasi oleh ‘Officer In Charge’ sehingga pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu diumumkan.

Zakat Selangor merakamkan setinggi penghargaan kepada Haji Hussin Mohd Ali di atas sumbangan dalam memperkasa pengurusan zakat di Selangor sepanjang perkhidmatan beliau.