90 PESERTA SERTAI BENGKEL ZAKAT PERNIAGAAN



SHAH ALAM, 9 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Zakat Perniagaan melibatkan 90 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang industri dan perniagaan bagi memberi pendedahan berkaitan pengurusan zakat di samping kefahaman kiraan zakat, di sini baru-baru ini.

Bengkel dimulakan dengan penampilan penceramah dikenali ramai, Ustaz Badli Shah Alauddin, yang menyampaikan ceramah ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’. Ia diikuti dengan sesi penerangan berkaitan zakat perniagaan oleh Pengurus Sektor Perniagaan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

LZS berharap, dengan aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat berkaitan kaedah taksiran zakat perniagaan dan sekaligus dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara warga LZS dengan wakil-wakil syarikat sama ada pembayar zakat mahupun prospek pembayar zakat pada masa hadapan