64 BAKAL USAHAWAN ASNAF IKUTI KURSUS PRA KELULUSAN BANTUAN MODAL



SHAH ALAM, 12 September 2012 – Seramai 64 orang bakal usahawan asnaf fakir dan miskin mengikuti Kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan di Pusat Latihan Asnaf Zakat (PULAZ), Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam hari ini.

Kursus tersebut merupakan syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memohon bantuan modal perniagaan daripada LZS.

Melalui kursus dua hari berkenaan, para asnaf didedahkan dengan aspek asas perniagaan, perancangan pengurusan kewangan, membuat rancangan perniagaan di samping motivasi keusahawanan oleh konsultan yang dilantik.

Asnaf yang berpotensi seterusnya akan dikenal pasti untuk digilap sehingga berjaya. Setakat Ogos 2012, sebanyak 21 siri kursus ini telah diadakan melibatkan 866 orang peserta.