60 ORANG ANAK ASNAF FAKIR DAN MISKIN DIKHATANKAN



SHAH ALAM, 3 Disember 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membiayai kos berkhatan kira-kira 60 anak asnaf dalam daerah Petaling  sempena Program Khatan Perdana  di Masjid Seksyen 7, di sini, hari ini.

Ketua Divisyen Agihan, Abdul Basith Hamid berkata, ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh LZS bersempena cuti persekolahan bagi menyantuni anak-anak asnaf fakir dan miskin di Selangor.

Menurutnya, jumlah itu adalah sebahagian daripada 430 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin di daerah seluruh negeri Selangor. Ia membabitkan anak-anak asnaf fakir dan miskin yang berusia di antara enam hingga 12 tahun.

“Program khatan ini dilaksanakan bagi membantu asnaf fakir dan miskin agar dapat mengkhatankan anak-anak mereka, di samping meringankan beban mereka dari segi sumber kewangan. Kos rawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh LZS iaitu sebanyak RM150 bagi setiap anak asnaf.”