576 KELUARGA TERIMA BANTUAN RAMADAN LZS RM448,050.00



KOTA DAMANSARA, 27 JULAI 2011 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan agihan zakat kepada 576 keluarga fakir dan miskin berjumlah RM448,050.00 di Masjid Kota Damansara, hari ini. Majlis disempurnakan oleh Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling.

Bagi keseluruhan Daerah Petaling, jumlah fakir dan miskin yang layak menerima agihan zakat ialah seramai 2,252 keluarga dan melibatkan jumlah agihan sebanyak RM1,704,850.00 (RM1.7 juta). Manakala bagi keseluruhan Selangor, tahun ini mencatatkan jumlah 19,008 keluarga fakir dan miskin yang layak menerima bantuan sebanyak RM14,240,950.00.

Program agihan zakat sempena Ramadan dan hari raya di Selangor telah bermula sejak 19 Julai dan dijangka berakhir pada 14 Ogos 2011. Turut hadir pada majlis hari ini ialah Saipudin Samsi, Ketua Operasi Daerah Petaling.