530 ASNAF TERIMA BANTUAN MODAL MULA PERNIAGAAN



SHAH ALAM, 3 Julai 2014 – Seramai 530 orang asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM795,914.50 bagi memulakan perniagaan bersempena Ramadan dan Aidilfitri.

Mereka adalah peniaga makanan di bazar-bazar Ramadan, peniaga yang mengambil tempahan keperluan Hari Raya serta peniaga runcit.

Bantuan yang disediakan setiap tahun menjelang Ramadan ini, mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyediakan tapak untuk para asnaf berniaga.  Ia adalah sebagai galakan kepada para asnaf yang produktif, sejajar dengan sasaran LZS untuk melahirkan ramai usahawan asnaf yang dapat meningkatkan kehidupan sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

Leave a Reply