39 PELAJAR TAJAAN DERMASISWA LZS LANJUT PENGAJIAN KE JORDAN



KUALA LUMPUR, 4 September 2015 – Seramai 39 orang pelajar yang mendapat tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) berlepas ke Jordan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab, Muamalat dan Pendidikan.

Mereka ini merupakan sebahagian daripada 93 orang pelajar tajaan Dermasiswa LZS yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah bagi sesi 2015-2016.

Daripada jumlah tersebut, seramai 39 orang pelajar Pengajian Islam dan Ulum Islamiah melanjutkan pengajian ke Mesir melalui penghantaran pertama bermula pada 21 dan 22 Julai lepas. Manakala 12 orang lagi telah berlepas pada 2 September bagi mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Tkhasus Qiraat. Sementara tiga pelajar lagi akan melanjutkan pengajian ke Maghribi yang dijadualkan berlepas pada 16 September ini.

11039284_10153535419626221_4708455067406295345_o

Turut hadir  meluangkan masa bertemu penuntut terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Dato’ Haris Kasim dan Pengurus Besar Pejabat Agihan, Abdul Basith Hamid.