300 PENGUNJUNG HADIR FORUM PERDANA



TANJONG KARANG, 10 Februari 2014 – Seramai 300 orang pengunjung hadir memeriahkan Forum Perdana bersempena sambutan Maulidur Rasul 1435H yang diadakan bertempat di Surau At-Taqwa dekat sini baru-baru ini.

Forum bertajuk ‘Junjungan Mulia, Dikau Rahmat untuk Semua’ ini menampilkan Eksekutif Dakwah LZS, Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku moderator,  di samping mengetengahkan panelis terdiri daripada penceramah disegani, Ustaz Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri Mantop, selebriti terkenal, Shamsul Ghau Ghau dan Yatt Hamzah.

Ia merupakan anjuran bersama LZS, Penghulu Mukim Tanjong Karang, NGO Sahabat Hospital Cawangan Tanjong Karang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Sungai Tengi Kiri, Surau At-Taqwa dan Surau Haji Ahmad.