277 ASNAF TERIMA BANTUAN MODAL MULA PERNIAGAAN



Shah Alam, 30 Julai 2012 – Seramai 277 asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM554,700 bagi memulakan perniagaan bersempena Ramadan dan Aidilfitri.

Mereka ini terdiri daripada peniaga yang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan dan peniaga yang mengambil tempahan keperluan Hari Raya. Melalui bantuan yang diberikan, setiap asnaf menerima maksimum RM3,000 bagi menjalankan perniagaan.

Bantuan modal ini merupakan peruntukan yang disediakan LZS pada setiap tahun menjelang Ramadan. Ia melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyediakan tapak untuk para asnaf untuk berniaga. Ini sekali gus dilihat sebagai medium pendedahan kepada asnaf yang baru hendak memulakan perniagaan.

Pada tahun 2011, seramai 65 asnaf yang menerima bantuan ini dengan jumlah bantuan zakat sebanyak RM74,550.

Leave a Reply