2,721 PENOLONG AMIL MUDAHKAN UMAT ISLAM SELANGOR TUNAI ZAKAT FITRAH



SHAH ALAM, 1 Jun 2017 – Lembaga Zakat Selangor melantik seramai 2,721 penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan umat Islam di Selangor menunaikan zakat fitrah,

Orang ramai boleh menunaikan zakat fitrah di 27 buah cawangan Zakat Selangor  atau melalui penolong amil institut pengajian tinggi (IPT) di 13 buah IPT di seluruh Selangor.

Di samping itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di kaunter sementara di beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang iaitu di Centrepoint, Klang; Giant Seksyen 13, Shah Alam dan Kelana Jaya; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Aeon di Shah Alam, Bukit Raja dan Bukit Tinggi, Klang; IOI City Mall,  Puchong, Klang Prade, Klang; Setia City Mall, Shah Alam; serta SACC Mall, Shah Alam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menunaikan zakat fitrah hanya kepada amil yang telah dilantik oleh Zakat Selangor, yang mempunyai kad tauliah dan sijil lantikan sah.