2,349 KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DAERAH HULU SELANGOR TERIMA BANTUAN PENDIDIKAN RM1.6 JUTA



2,349 KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DAERAH HULU SELANGOR TERIMA BANTUAN PENDIDIKAN RM1.6 JUTA

HULU SELANGOR, 17 November 2016 – Seramai 2,349 keluarga asnaf fakir dan miskin daerah Hulu Selangor menerima bantuan pendidikan bagi membiayai sesi persekolahan 2017 dengan jumlah agihan sebanyak RM1,591,935.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM270,320 diagihkan kepada 804 keluarga asnaf fakir, manakala RM1,321,615 lagi diagihkan kepada 1,635 keluarga asnaf miskin di daerah ini. Bantuan persiapan persekolahan tersebut diagihkan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin terutamanya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Ia diberikan bagi menampung kos pembelian kelengkapan dan yuran persekolahan. Bantuan ini melibatkan anak-anak asnaf di peringkat pra persekolahan sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.

Melalui peruntukan agihan tersebut, setiap anak asnaf akan menerima bantuan yuran sebanyak RM75 seorang bagi semua peringkat persekolahan.

Manakala bagi kelengkapan persekolahan, setiap pelajar sekolah rendah kebangsaan menerima bantuan sebanyak RM170 dan pelajar sekolah rendah agama menerima sebanyak RM150 seorang. Sementara bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan pula menerima sebanyak RM200. Bagi pelajar pra persekolahan, masing-masing akan menerima sebanyak RM75 seorang.

Kelengkapan persekolahan ini boleh didapati di Pasar Raya Sakan, Mydin dan Jakel yang terpilih di sekitar Selangor dengan menggunakan MyKad ketua keluarga sebagai rujukan.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 257 orang asnaf fakir dan miskin di daerah Hulu Selangor menerima bantuan pendidikan bagi sesi persekolahan 2017 melibatkan agihan zakat sebanyak RM146,320. Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali