21 SYARIKAT TUNAI ZAKAT LEBIH RM2 JUTA



SHAH ALAM, 19 Disember 2012 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 20 buah syarikat berjumlah RM2.4 juta. Majlis bayaran zakat ini disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa di Dewan Konvensyen SACC di sini.

Antara syarikat yang menunaikan zakat berkenaan ialah, SIRIM QAS International Sdn.Bhd. yang membayar RM706,492.08, Maybank Islamic Berhad (RM350,000.00), Padiberas Nasional Berhad (RM316,071.00), Affin Islamic Bank Berhad (RM250,000.00), Meps Currency Management Sdn.Bhd. (RM200,000.00) serta Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan Public Islamic Bank Berhad, masing-masing RM50,000.00.

Tahun lalu, LZS mengutip zakat perniagaan sebanyak RM79.9 juta dan dijangka meningkat sebanyak 20 peratus kepada RM89.7 juta pada tahun ini. Zakat perniagaan merupakan sektor kedua tertinggi selepas zakat pendapatan di Selangor.

Dalam majlis yang sama, LZS turut menyampaikan bantuan zakat kepada lima individu. Mereka ialah, Panurezi Musa yang menerima bantuan rumah bernilai RM38,000.00. Manakala Muhammad Addin Johan serta Saniah Abbas, masing-masing menerima bantuan perubatan berjumlah RM30,000.00 bagi pembedahan tulang belakang serta jantung.

Sementara itu, dua individu, Aziz Bustamam dan Norazlina Shapiee menerima bantuan ekonomi berupa kenderaan van untuk tujuan berniaga yang bernilai RM24,820.00 serta RM25,128.00.

Turut hadir di majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof