14 CAWANGAN BANK AL RAJHI SEDIAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT



SHAH ALAM, 23 Julai 2012 – Sempena bulan Ramadan ini Bank Al-Rajhi meningkatkan perkhidmatan untuk memudahkan masyarakat menunaikan zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di 14 buah cawangan mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Cenderahati turut disediakan kepada mereka yang menunaikan zakat di kaunter Bank al-Rajhi ini.

Selain Bank Al-Rajhi, LZS turut bekerjasama dengan bank Agro Bank, RHB, Bank Rakyat, Bank Mualamat, Bank Simpanan Nasional, AmBank dan Bank Islam bagi memudahkan masyarakat menunaikan zakat di kaunter bank-bank berkenaan.

Leave a Reply