101 POS MALAYSIA SELURUH SELANGOR SEDIAKAN KEMUDAHAN BAYAR ZAKAT



Shah Alam – Sebagai ejen kutipan zakat, Pos Malaysia Berhad menyediakan kemudahan pembayaran zakat di kaunter-kaunter pos mereka di seluruh Selangor.

Ia melibatkan 101 buah pejabat pos termasuk di kompleks membeli belah seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Tesco dan sebagainya.

Melalui kemudahan tersebut, orang ramai boleh membuat pembayaran zakat harta di kaunter pejabat pos ini. Waktu urusan kaunter pejabat pos bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Manakala bagi pejabat pos yang berada di pusat membeli belah, waktu urusan bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang.