100 PESERTA SERTAI BICARA DUA MUFTI



SHAH ALAM, 16 November 2016 – Lebih 100 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta yang menyertai skim potongan gaji di Lembaga Zakat Selangor (LZS), hadir dalam Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti yang diadakan di sini hari ini.

Majlis ini merupakan kesinambungan program yang diadakan pada tahun lepas, dengan menampilkan dua tokoh berwibawa iaitu Timbalan Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dr. Hj Anhar Hj Ophir  dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan,  Sahibus Samahah Tn Hj. Nor Azamir Hj Alias bagi membicarakan isu-isu semasa berkaitan pengurusan zakat khususnya.

bicara mufti

Ia dilihat menjadi platform untuk menyebarkan informasi berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor, sekali gus menjawab persoalan berkaitan zakat yang sering kali berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.