100 KELUARGA ASNAF SERTAI PROGRAM TAHSINUL IBADAH



HULU LANGAT, 29 Mei 2016 – Lebih 100 keluarga asnaf terlibat dalam program Tahsinul Ibadah anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama pemimpin setempat bertempat di Masjid Kariah Lubuk Kelubi baru-baru ini.

Program ini bertujuan mendekati golongan asnaf fakir dan miskin di samping menerapkan ilmu pengetahuan asas agama Islam agar menjadi amalan harian dalam kehidupan mereka.

13315555_10154103879676221_6273162909826562344_n

Antara inti pati program ini ialah tazkirah penghayatan Ramadan, bacaan tahlil, penyampaian bantuan kepada asnaf fakir dan miskin yang disampaikan oleh pendakwah Zakat Selangor, Ustaz Mohd Rodhi Abu Hashim.

Turut diadakan, majlis kenduri bersama asnaf bersempena dengan kedatangan Ramadan.