10 MASJID TERIMA BANTUAN VAN JENAZAH RM1.1 JUTA



SHAH ALAM, 26 Disember 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sebanyak 10 buah van jenazah bernilai RM1.1 juta kepada 10 buah masjid di Selangor.Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Siti Maslamah Osman yang menyerahkan replika kunci van jenazah kepada setiap wakil masjid.

Bantuan van jenazah merupakan salah satu bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan lagi pengurusan jenazah. Ia diperuntukkan kepada masjid yang tidak memiliki kemudahan kenderaan untuk mengurus jenazah terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mempunyai kariah yang ramai.