Taksir Zakat

PENGENALAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Lembaga Zakat Selangor telah meluluskan Pengemaskinian Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat pada 4 November 2015. Secara ringkas terdapat pindaan, perincian dan penambahan dalam perkara-perkara berikut:

Implikasi hutang ke atas zakat

Pelaksanaan Kaedah Gabungan Nisab Emas (Harta/Pendapatan Berdasarkan Emas)

Pembahagian Akad Tidak Patuh Shariah Kepada Akad Batil dan Akad Fasid.

Taksiran Simpanan Polisi Takaful/Insuran.

Taksiran Zakat Wang – Baki Akhir (Hujung Haul).

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Isu Tasfiyyah.

Jenis-jenis Harta Zakat al- Mal al-Mustafad.

Cara Kiraan Format Taksiran Zakat Pendapatan.

Dengan perubahan fatwa tersebut, terdapat perubahan dalam kaedah pengiraan zakat harta di Lembaga Zakat Selangor. Format kiraan bagi zakat pendapatan, simpanan, emas dan sebagainya akan menggabungkan nisab bagi pengiraan zakat yang lebih tepat dari sudut syariah. Pengemaskinian Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat terbaru ini boleh di muat turun melalui pautan di bawah.



BILA TARIKH BERKUATKUASA FATWA BARU INI?

Fatwa baru ini akan berkuatkuasa di seluruh Negeri Selangor bermula 15 April 2016.



APA PERUBAHAN KEPADA KIRAAN ZAKAT?

Terdapat beberapa penambahan dan perubahan pada kiraan zakat. Ia boleh diringkaskan secara berikut:

Semua jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan keseluruhannya untuk tujuan kiraan zakat.

Contohnya kiraan jumlah simpanan di Tabung Haji, wang simpanan di semua bank dan jongkong emas akan digabungkan bagi tujuan kiraan zakat.

Terdapat 2 pembahagian untuk harta/pendapatan iaitu tanpa syarat haul dan dengan syarat haul. Kedua-duanya akan digabungkan nisab bagi tujuan kiraaan zakat

Kiraan zakat pendapatan akan menggunakan kaedah kiraan berbeza daripada sebelum ini.

Kiraan baru akan menggunakan pengiraan yang bakal kami tunjukkan di bawah ini.



KIRAAN ZAKAT

Berikut adalah pengiraan zakat baru yang menggabungkan nisab. Ia akan digunakan di LZS bermula 15 April 2016.



DOWNLOAD FATWA PENUH

Sila muatturun fatwa lengkap dan terbaru berhubung kutipan zakat di LZS untuk mendapatkan maklumat perubahan dan pindaan terhadap fatwa kutipan zakat sedia ada.

Pindaaan, perincian dan penambahan dalam Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat yang diluluskan pada 4 November 2015 ini memberi implikasi terhadap beberapa perubahan penting yang terdapat pada kiraan zakat sebelum ini.

Download Fatwa Baru Sekarang!



SOALAN LAZIM



PERTANYAAN? SILA HUBUNGI KAMI

PERHATIAN : WANG ZAKAT YANG TELAH DIBAYAR KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.