Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

fatwanew

JUMLAH PERMOHONAN DITERIMA

JUMLAH PERMOHONAN
YANG LULUS

BAKI DANA
SPZAS TERKINI



Pengenalan SPZAS

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) ini merupakan inisiatif terbaru Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringankan beban kos pengajian pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

Sumbangan seperti ini pernah dibuka dengan nama Bantuan Umum Pelajaran (BUP) yang telah diwujudkan sejak tahun 1994 lagi. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dan mendapat kelulusan oleh Pengurusan Tertinggi bagi perlaksanaan SPZAS ini.

Keutamaan sumbangan ini adalah kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang lebih adil dan menyeluruh.



Objektif SPZAS

Membantu golongan pendapatan pertengahan dibidang pendidikan dimana golongan ini merupakan golongan yang mudah terkesan dengan ekonomi serta hampir kepada jurang kemiskinan.

Memberikan sumbangan kepada pelajar Negeri Selangor yang memenuhi syarat kelayakan bagi meringankan kos pendidikan pengajian tinggi mereka.

Sebagai galakan kepada golongan pendapatan pertengahan untuk mengeluarkan zakat mereka selaras dengan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka melalui sumbangan ini.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my/spzas dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja
  5. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)

*Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon.

Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.

Asnaf Fakir, Miskin, Muallaf Fisabilillah yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.



Soalan Lazim Sumbangan Pendidikan Asnaf Zakat Selangor



DOWNLOAD BORANG SOKONGAN

BilBorangMuat Turun
1Borang Pengesahan Belajar
 2Borang Pengesahan Pemastautin
 3Borang Pengesahan Pendapatan


BORANG PERMOHONAN ONLINE

Dengan membuat permohonan zakat ini, anda memahami dan telah membaca syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dan bersetuju untuk Lembaga Zakat Selangor memproses data peribadi bagi tujuan permohonan bantuan.

>> MOHON SUMBANGAN ASNAF ZAKAT SELANGOR SECARA ONLINE SEKARANG<<