KENYATAAN AKHBAR YANG AMAT DIHORMATI DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2013 PADA 21 JANUARI 2014/19 RABIUL AWAL



  • ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
  • TERIMA KASIH KEPADA WAKIL-WAKIL MEDIA YANG HADIR PADA HARI INI.
  • SUKACITA SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BEBERAPA PERKARA MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013.
  • 1. KUTIPAN ZAKAT (HARTA DAN FITRAH)

ALHAMDULILLAH BAGI TAHUN 2013, JUMLAH KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR TELAH MELEBIHI SASARAN, DENGAN JUMLAH KUTIPAN SEBANYAK RM517.4 JUTA BERBANDING RM451.3 JUTADALAM TEMPOH YANG SAMA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2012). LZS MENSASARKAN KUTIPAN ZAKAT SEBANYAK RM470 JUTA PADA TAHUN 2013.

JUMLAH INI MELEBIHI KUTIPAN TAHUN 2012 SEBANYAK 14.6 PERATUS, DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM66.1 JUTA. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK RM497.9 JUTA DIKUTIP DARIPADA ZAKAT HARTA, MANAKALA RM19.6 JUTA DARIPADA ZAKAT FITRAH.

PECAHAN KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT JENIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. 1. PENDAPATAN
RM308.5 JUTA(RM308,466,370)59.6%
  1. 2. PERNIAGAAN
RM92.7 JUTA(RM92,739,100)17.9%
  1. 3. HARTA
RM38.7 JUTA(RM38,738,876)7.5%
  1. 4. SIMPANAN
RM33.8 JUTA(RM33,818,422)6.5%
  1. 5. SAHAM
RM9.7 JUTA(RM9,693,474)1.9%
  1. 6. KWSP
RM7.9 JUTA(RM7,910,207)1.5%
  1. 7. TANAMAN
RM2.9 JUTA(RM2,874,149)0.6%
  1. 8. EMAS
RM2.4 JUTA(RM2,381,597)0.5%
  1. 9. QADHA
RM1.2 JUTA(RM1,152,511)0.2%
  1. 10. PERAK
RM0.06 JUTA(RM55,565)0.0%
  1. 11. TERNAKAN
RM0.02 JUTA(RM20,772)0.0%
JUMLAH KUTIPAN ZAKAT HARTARM497.9 JUTA(RM497,851,043)96.2%
  1. 12. FITRAH
RM19.6 JUTA(RM19,551,238)3.8%
JUMLAH KESELURUHAN KUTIPAN ZAKAT 2013RM517.4 JUTA(RM517,402,281)100.0%

2. ZAKAT HARTA

PADA TAHUN LEPAS (2013), KUTIPAN ZAKAT HARTA DI SELANGOR MENINGKAT SEBANYAK 15.1 PERATUS DARIPADA KUTIPAN PADA TAHUN SEBELUMNYA (2012). DI MANA PADA TAHUN 2013,LZS MENGUTIP ZAKAT HARTA SEBANYAK RM497.9 JUTA, BERBANDING RM432.5 JUTA PADA TAHUN 2012.

3. ZAKAT FITRAH

BAGI TAHUN 2013, MAIS MELALUI LZS TELAH MENGUTIP ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM19.6 JUTABAGI TAHUN HIJRAH 1434, BERBANDING RM18.8 JUTA PADA TAHUN 2012 BAGI TAHUN HIJRAH 1433.

4. JUMLAH PEMBAYAR

JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT HARTA BAGI TAHUN 2013, IALAH SERAMAI 233,371 ORANG(MENINGKAT 10.9 PERATUS) BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA 2012 IAITU SERAMAI 210,515 ORANG. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, SERAMAI 41,533 ORANG MERUPAKAN PEMBAYAR BARU DI LZS. BILANGAN UMAT ISLAM YANG MEMBAYAR ZAKAT FITRAH  PADA TAHUN LEPAS (2013)IALAH SERAMAI 2.8 JUTA ORANG.

5. SASARAN KUTIPAN ZAKAT TAHUN 2014

MENGAMBIL KIRA FAKTOR KESEDARAN MEMBAYAR ZAKAT YANG SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN MASYARAKAT, MAKA LZS MELETAKKAN SASARAN KUTIPAN ZAKAT BAGI TAHUN 2014ADALAH SEBANYAK RM530 JUTA.

6. AGIHAN ZAKAT

PADA TAHUN 2013 YANG LALU, MAIS MELALUI LZS TELAH MENGAGIHKAN WANG ZAKAT KEPADA GOLONGAN YANG LAYAK DI SELANGOR SEBANYAK RM463.5 JUTA BERBANDING RM401.7 JUTAPADA TAHUN SEBELUMNYA (2012). JUMLAH PENGAGIHAN INI DILIHAT MENINGKAT SEBANYAK15.4 PERATUS DENGAN PERBEZAAN SEBANYAK RM61.8 JUTA.

PECAHAN PENGAGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.  FAKIRRM53.9 JUTA(RM53,858,647)11.6%
2.  MISKINRM123.7 JUTA(RM123,703,061)26.7%
3.  AMILRM64.3 JUTA(RM64,298,061)13.9%
4.  MUALAFRM39.9 JUTA(RM39,882,773)8.6%
5.  FISABILILLAHRM123.3 JUTA(RM123,266,751)26.6%
6.  GHARIMRM43.4 JUTA(RM43,365,083)9.4%
7.  IBNISABILRM1.9 JUTA(RM1,870,802)0.4%
8.  RIQABRM13.2 JUTA(RM13,248,330)2.9%
JUMLAH PENGAGIHAN ZAKATRM463.5 JUTA(RM463,493,508)100.0%

7. ASNAF FAKIR DAN MISKIN

BILANGAN ASNAF FAKIR YANG MENERIMA BANTUAN PADA TAHUN LEPAS (2013) IALAH SERAMAI10,179 KELUARGA BERBANDING 7,844 KELUARGA PADA TAHUN 2012. MANAKALA BAGI ASNAFMISKIN ADALAH SERAMAI 20,771 KELUARGA BERBANDING  18,225 KELUARGA PADA TAHUN SEBELUMNYA (2012). OLEH ITU, JUMLAH KESELURUHAN FAKIR DAN MISKIN PADA TAHUN LEPAS (2013) ADALAH SERAMAI 30,950 KELUARGA.

DALAM MASA YANG SAMA JUGA, LZS MENERUSKAN PROGRAM PENCARIAN FAKIR DAN MISKIN DIKENALI SEBAGAI SKUAD JEJAK KEMISKINAN (SJK) YANG TELAH DIPERKENALKAN PADA TAHUN 2011. SEBANYAK 52 SIRI SJK TELAH DILAKSANAKAN DI SELURUH SELANGOR SEPANJANG TAHUN 2013. MELALUI SJK 2013, SERAMAI 309 KELUARGA TELAH DITEMUI DAN DIDAFTARKAN SEBAGAI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI SELANGOR, DENGAN PELBAGAI BANTUAN ZAKAT YANG TELAH DISALURKAN KEPADA MEREKA.

PADA TAHUN 2013, SERAMAI 250 ORANG PENERIMA BANTUAN ZAKAT TELAH KELUAR DARI KATEGORI ASNAF. MEREKA INI TERDIRI DARIPADA PENERIMA BANTUAN MODAL PERNIAGAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LZS.

SEMENTARA ITU, 783 KELUARGA YANG MENJADI PENERIMA ZAKAT PADA TAHUN 2012 TURUT KELUAR DARIPADA KATEGORI ASNAF HASIL DARIPADA SIASATAN SEMASA YANG DILAKSANAKAN OLEH LZS MENGGUNAKAN GARIS PENENTUAN FAKIR DAN MISKIN IAITU HAD AL-KIFAYAH.

LZS MELIHAT PENDIDIKAN SEBAGAI MEDIUM UNTUK MEMPERKASAKAN ASNAF TERUTAMA GENERASI KEDUA IAITU ANAK-ANAK ASNAF FAKIR DAN MISKIN. JUSTERU ITU, PELBAGAI BANTUAN PENDIDIKAN DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK MEREKA. ANTARANYA TERMASUKLAH BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK ASNAF FAKIR DAN MISKIN BAGI SESI 2014. SEJUMLAHRM20 JUTA TELAH DIAGIHKAN KEPADA 37,646 ORANG PELAJAR ASNAF FAKIR DAN MISKINMERANGKUMI PRA SEKOLAH, SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DI SELURUH SELANGOR.

LZS TURUT MEMBIAYAI SERAMAI 4,567 ORANG PELAJAR ASNAF YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DALAM PELBAGAI BIDANG DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.

SEKIAN.